PERKEMBANGAN MANUSIA
MASA DEWASA AWAL
A.PENDAHULUAN
Perkembangan membawa arti perubahan dengan masa, yaitu perubahan dengan umur dan perubahan daripada jenis evolusi atau ontogenik. Kedua-dua jenis perubahan ini sebenarnya tidak dapat dipisahkan kerana seperti yang disarankan oleh Baltes, Reese dan Nesselroade (1977) dengan meningkatnya umur, perubahan evolusi lain akan berlaku, yaitu dalam bentuk sahsiah, kognitif, moral, fisikal dan lain-lain. Secara umum, bagian perkembangan manusia akan menjelaskan jenis-jenis dan tahap-tahap perkembangan yang kita semua alami sejak kelahiran hinggalah ke akhir hayat. Dalam masa perantaraan yaitu antara waktu lahir dan masa manusia mencapai kematangan, berbagai jenis masalah, peristiwa, konflik dan perkara-perkara rumit yang berlaku. Setiap peristiwa yang berlaku pada zaman kanak-kanak biasanya akan memberi kesan pada tingkah laku dewasanya.
Dengan mempelajari hal-hal diatas diharapkan kita bisa mengetahui bagaimana karakteristik seseorang saat dia mencapai masa dewasa awal serta keadaan-keadaan yang terjadi pada masa tersebut. Jadi orang tersebut dapat memilah-milah apa yang harus dia lakukan agar pada masa dewasa awal untuk berkembang menjadi insan yang sempurna.
Dari uraian di atas, maka kami memfokuskan pembahasan pada beberapa hal yang dapat dirumuskan sebagai berikut:
1.Apakah pengertian dewasa awal itu?
2.Bagaimana perkembangan manusia pada masa dewasa awal?
Dari beberapa rumusan masalah di atas, maka tujuan dari penulisan ini adalah:
1.Untuk mengetahui pengertian dewasa awal.
2.Untuk mengetahui perkembangan manusia pada masa dewasa awal.
B.PEMBAHASAN
1.Pengertian Dewasa Awal
Secara umum, perkembangan manusia ialah hasil dari interaksi dengan alam sekitar. Sifat personaliti manusia dipengaruhi oleh interaksi serta rangsangan-rangsangan yang diperoleh dari alam sekitar, iaitu bimbingan, asuhan, dan tunjuk ajar daripada ibu bapa dan keluarga. Keadaan masyarakat, budaya dan sosial juga merupakan satu daripada interaksi antara seseorang dengan alam sekitar yang akan menentukan wataknya apabila besar kelak.
Setiap manusia di dunia ini akan berkembang melalui tiga tahap umum, yaitu tahap kanak-kanak, remaja dan dewasa. Setiap tahap ini berkesinambungan antara satu sama lain, contohnya bermula daripada bayi, menjadi kanak-kanak, remaja dan seterusnya dewasa. Kedewasaan sering dikaitkan dengan kebolehan untuk bertanggungjawab (Knowles, 1986).
Pada masa inilah, seseorang itu seharusnya menunjukkan kebolehannya menampung kehidupan sendiri, keluarga, anak dan isteri. Individu dewasa seharusnya boleh berdikari dan tidak sepatutnya mengharapkan belas kasihan orang lain. Walau bagaimanapun, golongan dewasa tetap mengalami berbagai masalah dan konflik. Terdapat beberapa peringkat dewasa yaitu dewasa awal, dewasa pertengahan dan akhir di mana setiap peringkat dewasa ini mempunyai konflik tersendiri.
2.Ciri-ciri Masa Dewasa Awal
a.Reproduktif
Bagi sebagian besar orang-orang dewasa awal, menjadi orang tua atau sebagai Ayah/ Ibu merupakan satu diantara peranannya yang sangat penting dalam hidupnya. Berperan sebagai orang tua, nampak lebih nyata bagi wanita dibandingkan dengan pria. Wanita memberikan pengaruh yang sangat besar dalam mendidik anak.
b.Memantapkan letak kedudukan
Seseorang telah mulai peranannya sebagai orang dewasa, sebagai pemimpin rumah tangga dan sebagai orang dewasa, serta mereka menyetujui hal itu sebagai peranannya. Hal itu menjadi suatu keharusan untuk diikuti dalam pola-pola prilaku tertentu dalam banyak aspek kehidupannya.
c.Munculnya masalah
Masa dewasa awal antara umur 18-40 tahun orang dewasa mengalami konflik antara intimasi dan pemencilan diri. Pada masa ini, individu mula mencari pasangan hidup mereka dan melakukan satu hubungan pribadi yang penuh makna. Di sinilah bermulanya hubungan intimasi antara dua dewasa muda yang ingin mencuba identiti-identiti mereka. Jika hubungan intimasi tidak dapat dicapai, seseorang itu akan memencilkan dirinya sendiri dan oleh itulah, tidak dapat mencapai apa-apa perhubungan yang bermakna. Knowles (1986) mencadangkan bahawa individu dewasa pada tahap ini selalu menghadapi masalah pergolakan peribadi terhadap tanggungkawab mereka. Andai kata tanggungjawab tidak dapat dilaksanakan dengan baik, mereka sering menarik diri daripada sesuatu kewajipan.
d.Krisis identity
pada tahap dewasa awal juga sering mengalami sesuatu yang dikenali sebagai krisis identiti. Krisis ini berlainan dengan konflik mencari identiti para remaja yang disarankan oleh Erikson. Lazimnya, dewasa awal akan cenderung meniru cara kehidupan ibu bapa mereka dan mengasaskan kehidupan yang baru. Ini sering dilakukan dengan cara mencari pasangan dan hidup bebas daripada keluarga asal mereka. Seterusnya para dewasa akan mendapatkan pekerjaan untuk mengejar cita-cita yang menjadi idaman mereka.
e.Tegang dalam hal emosi
Ketegangan emosional seringkali diapresiasikan dalam ketakutan-ketakutan atau kekhawatiran yang pada umumnya timbul dari ketercapaian penyesuaian terhadap masalah-masalah yang dihadapi. Seperti persoalan jabatan, perkawinan, keuangan dan sebagainya. Ketegangan emosi yang timbul itu bertingkat-tingkat pula selaras dengan intensitas persoalan yang dihadapinya dan sejauh mana seseorang dapat mengatasi masalah- masalah yang dihadapi tersebut.
3.Arti dan Materi Tugas- tugas Perkembangan
Arti dan tugas-tugas perkembangan bagi orang dewasa awal pada dasarnya mengandung isi-isi dan harapan atau tuntutan dari sosio yang hidup pada lingkungan sekitar terhadap orang dewasa awal sesuai dengan tingkat perkembangan yang telah dicapainya. Sejak seseorang menyandang status dewasa, dirinya diharapkan siap menerima kewajiban dan tanggung jawab kedewasaannya, yang ditunjukkan dengan pola tingkah laku wajar seperti yang berlaku pada kebudayaan sekitarnya.
Materi tugas-tugas orang dewasa yang merupakan perwujudan harapan-harapan atau tuntutan-tuntutan sosiokultur dikemukakan garis besarnya dalam bagian ini. Diantara tugas- tugas perkembangan antara lain:
a.Memilih teman bergaul (pertemanan)
Merupakan asas perhubungan sesama manusia yang cenderung mempercayai antara satu sama lain dan menjaga kelakuan (Dykstra,1995). Dewasa awal yang mempunyai kerja dan mungkin mempunyai tanggungjawab kepada keluarga akan mempunyai masa yang terhad untuk dihabiskan bersama rakan-rakan. Walau bagaimanapun, persahabatan memainkan peranan penting, persahabatan termasuk mempercayai, menghormati, memahami, menerima dan bergembira bersama-sama, bersedia membantu antara satu sama lain dan bebas daripada rasa keseorangan. Kebanyakan orang lebih rapat dan berkawan baik dengan orang yang sama jantina tetapi 27% lebih gemar bersahabat dengan jantina yang berlainan (K.E. Davis,1985). Seorang perempuan lebih cenderung untuk bersahabat berbanding lelaki, perempuan lebih suka mengadu pada rakan-rakan terutama kawan perempuan mereka yang selalu berkongsi masalah mereka. Seorang perempuan lebih suka berkawan dengan perempuan berbanding lelaki kerana lelaki kurang sifat keintiman tetapi lebih cenderung untuk berkongsi pengetahuan dan aktiviti serta tidak yakin dengan rakan. Mereka kurang motivasi untuk terlibat dengan intimasi dan cenderung untuk tidak bercerita tentang perkara intim (Rosenbluth &Steil,Mulai berkerja
kerja merupakan sesuatu yang penting bagi golongan dewasa awal. Pada tahap ini mereka mula membina kerja berdasarkan bidang yang mereka minati dan mula memilih pekerjaan yang bersesuaian dengan diri mereka. Pemilihan kerja yang bersesuaian dengan diri mereka akan menjadikan diri mereka lebih bertanggungjawab dan memberi perhatian sepenuhnya kepada pekerjaan tersebut.
c.Belajar hidup bersama dengan suami atau istri (menikah)
Setelah seseorang yang dewasa telah siap untuk menikah baik secara jasmani atau rohani, maka seseorag tersebut harus menikah dengan seseorang yang sesuai dengan apa yang terbaik untuk dia. Setelah menikah masa dewasa akan semakin matang. Karena setelah menikah beban yang harus dihadapi sangat banyak. Mereka belajar mengasuh anak, mengelola rumah tangga dan apasaja yang berkaitan didalamnya.
4.Perkembangan Masa Dewasa Awal
a.Perkembangan Kognitif
Perkembangan kognitif golongan dewasa awal sering dikaitkan dengan pemikiran pasca formal. Ramai pengkaji berpendapat bahawa terdapat satu tahap perkembangan kognitif selepas tahap formal iaitu pasca formal. Pemikiran pasca formal ini melibatkan individu menggunakan maklumat dalam konteks sosial di mana pemikiran di kalangan dewasa adalah lebih fleksibel, terbuka, adaptif (penyesuaian) dan individualistik (tersendiri). Mereka juga lebih menggunakan gerak hati, emosi serta logik untuk berfikir dalam dunia yang tidak menentu dan menggunakan pengalaman dalam situasi yang tidak jelas. Selain itu, mereka juga berkebolehan untuk menghadapi dan menangani situasi yang tidak sempurna , sesuatu yang berkonflik dan dapat bertolak ansur.
b.Perkembangan psikologi
Manakala, perkembangan psikologi dewasa awal pula merujuk kepada intimasi lawan isolasi. Golongan dewasa awal mula mempunyai keinginan untuk mencari keintiman dan membina perhubungan dengan orang lain. Intimasi bermaksud kebolehan individu tersebut untuk berkomunikasi dan berkorban diri kepada orang yang disayangi tersebut tanpa berasa takut untuk hilang identiti yang dicapai oleh individu tersebut. Kegagalan untuk mencapai intimasi akan menyebabkan individu itu akan menyendiri (isolasi).
c.Efisiensi fisik manusia
Zaman dewasa awal merupakan puncak prestasi fizikal yaitu antara umur 19-20 tahun. Pada waktu ini, mereka mempunyai keadaan fizikal yang paling baik sekiranya mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat.Namun begitu, pada usia ini, mereka sering mengabaikan kesihatan dengan mengambil makanan yang tidak seimbang seperti makanan ringan dan berkolesterol tinggi. Selain itu, tekanan akan membuatkan golongan ini sering mengambil arak dan rokok semata-mata untuk menghilangkan dalam diri mereka. Kesibukan dan kesuntukan masa menyebabkan gaya hidup mereka terabai, maka tiada masa untuk melakukan senaman dan seringkali kekurangan waktu untuk tidur. Gaya hidup yang tidak sihat akan menjejaskan kesihatan seseorang. Pada usia 30 tahun ke atas, prestasi fizikal mula menurun. Seseorang itu, akan kurang melakukan aktiviti fizikal disebabkan berat badan yang bertambah dan mudah penat apabila melakukan sesuatu aktiviti. Apabila usia semakin bertambah, penglihatan dan pendengaran juga menjadi kurang cekap. Kesihatan fisikal pada usia 30 tahun mempunyai hubungan signifikan dengan kepuasan hidup pada usia 70 tahun (Mussen, Honzik &Eichorn, 1982). Ini menunjukkan, penjagaan kesihatan adalah amat penting pada usia muda kerana ia akan mempengaruhi tahap kesihatan apabila tua kelak.
Untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik, seseorang itu haruslah mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang dan disertai dengan senaman. Penjagaan kesihatan pada usia muda adalah amat penting, kerana ia akan mempengaruhi tahap kesihatan pada usia tua. Oleh itu, amalan gaya hidup sihat perlu diamalkan oleh setiap individu.
d.Perkembangan motorik
Kemampuan-kemampuan motorik yang mencapai kesempurnaan dalam maa dewasa awal, adalah satu diantara faktor yang menunjang pelaksanaan tugas-tugas perkembangan. Oleh karena itu pada masa dewasa awal ini, memungkinkan mereka melatih ketrampilan-ketrampilannya secara lebih baik dibandigkan di masa remaja mereka. Mereka dapat memperhitungkan kemampuan-kemampuan motoriknya sebelum melakukan pekerjaan yang menuntut kemampuan fisik. Berbeda pada masa remaja yang sembrono dam menghambur-hamburkan kekuatan tanpa memperhatikan keseimbangan yang dihadapi.
e.Perkembangan mental
Kemampuan mental yang dimiliki pada masa dewasa awal sangat penting kedudukannya dalam menyesuaikan diri trhadap tugas-tugas perkembangan, jauh melebihi kemampuan motorik. Penelitian-penelitian terhaap kemampuan mental dengan menggunakan tes-tes inteligensi, sangat kuat menggambarkan kemampuan mental yang baik dalam masa dewasa awal. para umumnya sepakat bahwa perkembangan kemampuan mental individu mancapai kesempurnaan dalam usia 20 tahunan. Individu ini biasanya menunjukkan kemampuan mental yang mapan terutama pada tahuntahu pertama dan pertengahan masa dewasa awal.
5.Penghambat- penghambat dalam Menguasai Tugas-tugas Perkembangan.
a.Latihan yang tidak berkesinambungan (discontinuities in training)
Hal ini berhubungan erat dengan pengalaman-pengalaman belajar dan latihan masa lalu. Ada individu yang dimasa kanak-kanaknya tidak mengalami latihan secara lanjut dalam hal berfikir dan berbuat. Sehingga prilakunya dalam masa pubertas dam masa remaja nampak kurang memadai. hal ini disebabkan karena keadaan fisiknya yang cacat, konsep-konsep yang slah tentang pergaulan muda-mudi yang dating dari lingkungan sosialnya.
b.Adanya perlindungan yang berlebih-lebihan (overprotectiveness)
Barkaitan dengan pola mendidik orang tua yang pernah dialami dalam mas kanak-kanak.dlam lingkungan kebudayaan manapun, selalu terdapat orang tua yang memiliki pola mendidik anak yang terlalu melindungi. Anak yang kurang dapat kesempatan untuk mengeksplorasi lingkungannya, mencoba-coba sesuatu dan melatih kemampuan dan ketrampilan-ketrampilannya, tidak sempat belajar mangambil keputusan sendiri dan sebagainya karena mendapat pengawasan dan naungan dibawah ketiak orang tuanya. Akibatnya timbul berbagai kesukaran bagi anak jika mereka telah dewasa.
c.Aspirasi-aspirasi yang tidak realitas (unrealistic aspiration)
Kesukaran-kesukaran pada masa dewasa awal dapat ditimbulkan oleh konsep-konsep yang tidak realistis dalam benak para dewasa awal tentang apa yang diharapkan dan apa yang dicapainya. Hal ini sangat menghambat bagi anak yang bersngkutan setelah dewasa untuk menguasai tugas-tugas perkembangannya. Karena antara harapan dan apa yang dicapainya tidak selalu selaras, menjadikan individu ini terkatung-katung dalam pilihan.
6.Peranan Pria dan Wanita dalam Masa Dewasa Awal
Pada umumnya pada masa remaja individu belum memiliki pengetahuan yang memadai untuk lebih memahami seluk belukperanan mereka masing-masing, baik pada hubungan kemajuan zaman dan adanya keterbatasan individual. Pada satu pihak, kemajuan zaman membuat kekaburan batas-batas peranan antara pria dan wanita. Pada lain pihak terdapat keterbatasan manusia dalam menantang alam dan nilai-nilai lingkungan social, sehingga manusia tidak bebas memainkan peranan jenis kelamin sesuai dengan yang diharapkannya.
Dalam kemajuan zaman, banyak gadis yang mau menjadi istri atau ibu jika trelah dewasa. Tetapi mereka tidak mau berperan menurut paham tradisional, yaitu pandangan dimana wanita berperan sebagai bawahan suami dan mengabdikan seluruh waktu mereka untuk rumah dan anak-anak tanpa mengindahkan minat-minat mereka. Bahkan seperti yang diungkapkan oleh banyak ahli, abanyak diantara wanita ynag mengharapkan agar mereka dapat mendidik atau menggurui suami mereka untuk menerima paham kesamarataan peranan. Dan mengijinkan mereka untuk memanfaatkan pendidikan dan latihan yang pernah mereka terima, dengan tambahan tugas dari suami dalam hal merawat rumah dan memelihara anak-anak. (Hurlock: 1968).
C.KESIMPULAN
perkembangan manusia ialah hasil dari interaksi dengan alam sekitar. Sifat personaliti manusia dipengaruhi oleh interaksi serta rangsangan-rangsangan yang diperoleh dari alam sekitar, iaitu bimbingan, asuhan, dan tunjuk ajar daripada ibu bapa dan keluarga. Keadaan masyarakat, budaya dan sosial juga merupakan satu daripada interaksi antara seseorang dengan alam sekitar yang akan menentukan wataknya apabila besar kelak.
tugas- tugas perkembangan antara lain:
1.Memilih teman bergaul (pertemanan)
2.Mulai bekerja
3.Belajar hidup bersama dengan suami atau istri (menikah)
Perkembangan masa dewasa awal :
1.Perkembangan kognitif
2.Perkembangan psikologi
3.Efisiensi fisik manusia
4.Perkembangan motorik
5.Perkembangan mental
DAFTAR PUSTAKA
Mappiare, Andi. Psikologi Orang Dewasa Bagi Penyesuaian dan Pendidikan. Surabaya: Usaha Nasional.1983.
Mahmod Nazar Mohamad. Penghantar Psikologi Satu Pengenlan Asas Kepada Jiwa Dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.2001.
http://dewasaawal.blogspot.com/search/label/%28D%29%20Perkembangan%20Psikologi
http://www.docstoc.com/docs/22670694/Sifat-Kepribadian-dan-Faktor-yang-Mempengaruhi-Keberhasilan/
terima kasih infonya,,
BalasHapussaya boleh ngutip sebagian artikel anda..?
untuk melengkapi makalah saya,,